HaI, Assalammualaikum??
Haqi nie, Cerita sikit laa tentang macam mana mieyna boleh terjebak jadi dropship kosmetik..
cerita dia macam nie, sebelum kerja Psh dekat Hospital Sultan Abdul Halim, mieyna nie kerja sebagai Juruwang dekat Enconsave..Kebetulan kawan mieyna nie dia buka kedai menega jamu dekat econsave..Masa tu 2011 haa, dan masa tu produk kosmetik pon biasa2 ja takda tumbuh melata macam cendawan..
Nak dijadikan cerita Mieyna dah berenti kerja Econsave sebab dapat kerja lain dekat Hospital Sultan Abdul Halim.Tetapi masa tu belum lagi dapat kerja sebagai pembantu tadbir sambilan harian (PSH)..Mieyna dapat kerja sebagai Pembantu jualan dekat kedai Pasty Corner..Setiap hujung minggu mesti mieyna akan buat Partime dekat kedai kawan.Almaklum lah bisnes dia kian berkembang..Kawan mieyna tu dia buka pulak Stokis Kosmetik haa, asalnya buka gerai ja kt dalam econsave tu..
Ya laa orang ramai dah mula gila make up sejak ramai MUA bt tutorial make up dalam facebook dan sebagainya kan..Jadi sementara dia nak dapat pekerja yang betul2 cekap dan boleh dipercayai dia panggil Mieyna untuk bekerja dengan dia bila Mieyna cuti..
Dalam celah dok qeja sebagai pembantu jualan kt kedai Pastry Corner tu Mieyna dengar Bahagian Pengurusan ada nak buat Temuduga untuk Pekerja Sambilan harian..Hahhh!!Apa lagi, cepat2 la Mieyna bt Resume cuba nasib mana taw ada rezeki boleh kerja jadi Kerani..Alhamdulillah, rezeki Mieyna dapat surat tawaran untuk bekerja selepas dua bulan interview..Surat smpai kt alamat rumah Kg Padang Mahligai, Allah seronok bukan mainlaa...Syukur, diberi peluang tuk jadi kerani sambilan..EH!!Mieynaa nie, haisyhhhh nak cerita pasai Dropship tapi melalut dah cerita bab dapat qeja pasaipaa...heheheh opss sorry excited menulis blog pula..Besa laa, oqg cewi xabih lagi lepas belajar kursus blog haqituu..kih3
Ok Ok ok , Berbalik pada Mieyna jadi dropship noh..Qeja kerani nie jumat sabtu cuti kan, lagi sakan la mieyna bt partime haa..Kira cuti ja Mieyna p tolong jaga gerai mber, balik rumah ja mesti ada Tokla, Maklong la, jiran laa kirim beli barang kt kedai contohnya jamu, pastu jus hidayah, dan produk kesihtan yang lain dan juga produk kosmetik la..
Hujung minggu Mieyna bt Partime tu, sementara menunggu pelanggan mai kedai Mieyna qajin selpie pastu qajin pula post dalam facebook suruh org mai kedai beli alat mekap ka , foundation ka, dari situ laa ramai yang tau Mieyna juai..Padahai, tolong kawan jaa..Kawan bayar la saqi rm35 pastu yang lain2 komisyen jualan 2% dari hasil jualan Mieyna..Boleylaa tampung2 perbelanjaan harian..
Biasa la Mieyna nie anak Sulung adik no 2 masa tu masih belajar dekat UUM.Adik no 3 dan no 4 masih bersekolah..Mak abah kerja biasa2jaa..Abah qeja kampung, mak qeja cleaner dkt Hospital Sultan Abdul Halim sebab mak qeja dkt Hsah la Mieyna pon dlu trut mintak qeja dekat HSAH yala senang dekat dengan mak, p qeja balik qeja kena syif sekali boleh la p sama2..Tapi bila sis dah kerja Opis hour nie xdkla berebut moto sgt nk p qeja kan..
Pastu pakat ramaila kt Pejbat kawan2 kt kampung taw kata Mieyna nie dok jual produk kosmtik, kalau balik kampung ja mesti akan ada kawan2 kirim..Tapi lepas ja Mieyna berkahwin Mieyna tak buat dah Partime, bukan kawan tak panggil, panggil..Tapi Suami tak bagi, yalaa qeja masuk koi 11pagi 10 malam baqu balik..satgi nk closing kira sale lagi , maw takmau pkui 10.30 pa baqu balik haa..Dua tiga kali dia offer Mieyna asyik takleh ja, jadi sampai lanih laa mieyna dah xbt partime..tapi tetap menjual barang kedai dia dengan menjadi Dropship sampailah sekarang masih menjual..klu ada produk viral jer yang tengah hot di promte oleh mua bellaz Mieyna akan post dekat status wasap.Cuma mieyna sekarang dah sepenuhnya pakai MArykay.bkn xcurang dgn alha alfa, okaya, fb cubre me pa smua tu.TApi rugilaa bagi mieyna kalau curang dengan MK nak taw dak sebab apa..Sebab dalam MK dah ada smua set dari skincare, serum, pelmbab, alat mekap Haa smuaa ada..
Jangan kata Mieyna belagak pakai MK trus lupa kosmetik lain..Dak taw, mieyna masih ja menjual kalau kawan mieyna nk foundtion selaain Mk mieyna bgi ja, tu hak masing nak pakai apa..
begitu juga dengan skincare, walaupon ramai ja kawan Mieyna yang masih pakai skincre yg oq kaata ada mercury tu.Apa hak Mieyna nk halang depa, cuma Mieyna dok memebel dalam status wasap jala, membebel dan cerita produk mk yng berasakan bhn organik dan keburukan pakai produk yang ada bhn mercury..
Mieyna awal dulu pon campur jugak pakai Skincare mk tpi fd ALha..Kadang pakai fd Mk pastu bedak loose powder jenma ponds..Taw apa jadi gn muka Mieyna, klu pakai fd mk bedak ponds..Naik ruam merah oi kt mukaa...ADOILAAA pastu dok heran awatlaa mekap mcm bercapuk..
lepas tu, fd Mk habih pakai fd jenma lain pula cmpur pelmbab mk, skincre mk..Dok keesokkan harinyaa hairan..Jerwat naik banyakk..Last, berhenti laa pakai Mk SMUA laa xberani dah nk campur..Jadi, hasil penelitian Mieyna laa, mk mmg xleh cmpur dgn yng lain kot..Dia jadi Kulit xelok..Lepas dah xcmpur Alhamdulillah kulit dah ok.
pastu pulun la search sebab pa jadi mcm tu.Rupanyaa kalu kita paaki fd yg fullcvrge ibarat muka kita xdpt bernafas, dan liang pori tertutup bayangkan pakai haqi2.Kes tu kot noh muka dok naik jerawat.haqi2 dok biaq liang pori tu tersumbat.last dia geram haa dia bagi sketoi miss J kt muka kita padan muka.kikiki..Dan sejak tu la kalu make up daily p kerja Mieyna pakai fd yang bersifat
non-comedogenic..
Mieyna bkn ahli saintis yer nak kaji lebih2...HeEEhEEE
tu hasil try n error dan buat andaian sendiri ja..Kalau ada yang setuju, maka betulla tu..hheehhe
oklaaa sekian perkongsian MIEYNA setakat ini... terima kasih sudi membaca...